Penyelenggaraan Komputer

Penyelenggaraan Komputer

Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan

sistem PC beroperasi dangan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan

komputer yang terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan(hardware) dan

perisian(software).

Teknik Penjagaan Komputer

Teknik penjagaan komputer merangkumi beberapa topik utama yang perlu menjadi perhatian. Diantaranya :

Masalah Habuk

Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa berada disekeliling kita. Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat

berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangka hayat komputer akan kurang. Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara pencegahannya,

kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan, dengan plastik komputer. Cara rawatannya pula , ialah gunakan vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

Pastikan kipas di bahagian dalam CPU di bersihkan. Habuk boleh

menyebabkan udara dari kipas tidak bergerak dengan sempurna dan

mengurangkan kesejukan. Kipas perlu di bersihkan ialah pada

bahagian bekalan kuasa dan kipas di atas chip CPU.

Masalah Suhu

Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan jangka hayat sesebuah komputer. Jangan biarkan komputer anda terkena air dan kelembapan. Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak di ingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.

Cara pencegahannya,

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari pancaran matahari. Pastikan komputer anda sentiasa mendapat peredaran udara yang

baik. Pasang kipas dengan kuat sekiranya anda menggunakannya lebih dari 2 jam. Jika anda menggunakan penghawa dingin adalah lebih baik di aktifkan ketika anda menggunakan komputer. Kepanasan membolehkan komputer anda mengalami kerosakan komponen.

Masalah Cara Penggunaan

Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen komputer yang mempunyai jangka hayat yang rendah.

Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu diganti bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk digunakan.

Cara membersihkan perkakasan komputer

Central Processing Unit (CPU)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

· Matikan komputer dan cabut semua kabel dari arus elektrik Buka kasing komputer

· Sedut habuk menggunakan vakum

· Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

· Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebut Pastikan CPU benar-benar kering

· Pasangkan kasing dan kabel

· Pastikan CPU berfungsi dengan baik

Kasing (Casing)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

· Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

· Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebut

· Tutup kembali kasing komputer dan pasang semua kabel seperti asal

Monitor

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

· Matikan dan cabut semua kabel elektrik yang tersambung dengan monitor

· Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

· Bersihkan bahagian monitor yang kotor akibat debu dan habuk Setelah bersih, pasang kembali semua kabel yang terhubung dengan monitor seperti asal

Pencetak (Printer)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum,

berus

Langkah-langkah :

· Cabut semua kabel yang terhubung dengan printer

· Keluarkan Catridge atau tempat toner yang ada dalam printer

· Sedut habuk menggunakan vakum atau gunakan berus kecil untuk membuang habuk

· Pastikan printer benar-benar kering

· Masukkan kembali catridge atau toner seperti asal.

Keyboard

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

· Buka kasing yang mengikat kekunci dengan membuka skru pada bahagian belakang keyboard

· Cuci kasing menggunakan spray cleaner

· Bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar tersebut.

· Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan cuci dengan menggunakan kain bersih yang lembap.

· Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu dengan menggunakan pemutar skru ataupun testpen.

· Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard

· Akhir sekali pasangkan kembali kasing keyboard dengan mengetatkan kembali skru yang dibuka.

Cara penjagaan keyboard

· Elakkan dari merokok semasa menggunakan komputer

· Buat ujian dengan menggunakan software khas iaitu software Qaplus untuk mengesan kekunci manakah kuang kurang baik dan baiki jika kekunci didapati rosak.

· Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup keyboard.

· Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.

· Semasa membuat pembersihan, keyboard hendaklah diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di dalam atau di celah-celah kekunci jatuh

Mouse Bahagian Dalam

Alatan : Putik Kapas

Langkah-langkah :

· Didalam mouse akan terdapat bebola penggerak

· Buka bahagian bawah mouse untuk mengeluarkan bolanya.

· Bersihkan bahagian-bahagian yang kotor dengan putik kapas lembap

· Jika selesai masukan kembali bebolanya dan posisikan mouse seperti asal.

Bahagian luar Mouse

Alatan : Kain bersih (lembut) dan Cairan Alkhohol Pembersih

Langkah-langkah :

· Gosok dengan kain bersih lembap secara merata dan perlahan-lahan

· Biarkan sampai kering

Thumb/Pen Drive

· Tiada cara pembersihan. Cuma pengguna perlu tahu yang thumb drive ini tidak boleh jatuh.

Cara pengggunaannya perlu betul. Ikuti langkah dibawah untuk

mengeluarkannya dari USB Port.

· Klik sekali di yang terdapat di sudut kiri (taskbar)

· Bila Mesej “Safely remove USB Mass Storage Device” dipaparkan klik sekali dan Mesej “ Safe to remove hardware” dipaparkan.

· Anda boleh cabut thumb drive tersebut.

Cakera Liut (Disket)

Cakera Liut sering dipanggil sebagai "disket" merupakan peranti storan yang paling banyak digunakan untuk menyimpan data. Data disimpan di dalam cakera liut dengan menggunakan pemacu cakera liut yang terdapat pada sistem komputer peribadi. Pemacu Cakera Liut digunakan untuk membaca dan menulis data pada cakera liut. Cakera Liut amat berguna untuk memindahkan data di antara komputer dengan ciri mudah alihnya dan juga untuk tujuan membuat salinan atau pendua (backup) terhadap data.

Penjagaannya:

Jangan sentuh permukaan cakera. Permukaan cakera yang disentuh, mudah tercemar. Permukaan cakera yang terdedah akan menyebabkan kerosakan data apabila disentuh dengan tangan yang kotor. Jangan letak cakera berhampiran dengan medan magnet. Bahan Bahan Bermagnet bermagnet boleh mengganggu dan merosakkan data.Telefon bimbit dan speaker stereo adalah di antara sumber bahan bermagnet. Jangan dedahkan cakera kepada cahaya matahari atau keadaan

panas terik seperti meninggalkan cakera di dalam kereta yang panas. Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera. Elakkan tenggekan cakera iaitu satu cakera diletakkan di atas cakera

yang lain. Cakera sepatutnya disimpan secara menegak di dalam kotak yang dikhaskan.

Jangan meletakkan label baru di atas label yang sedia ada (berlapis). Elakkan cakera menjadi tebal disebabkan label berlapis kerana ia berkemungkinan akan tersekat di dalam pemacu cakera.

Jangan keluarkan cakera daripada pemacu cakera apabila lampu pada pemacu sedang menyala. Lampu yang menyala menyatakan bahawa cakera liut sedang digunakan dan apabila

mengeluarkannya secara paksa, ia mungkin boleh menyebabkan data di dalamnya rosak.

Perisian (Software)

Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation

Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali setiap bulan kerana ia berupaya memastikan kelompok "cluster" pada cakera keras berada di dalam keadaan baik. Anda juga boleh menggunakan fungsi Disk Cleanup, Error Checking dan Disk Defragmentation apabila anda melihat penurunan performance dalam sistem PC.

Disk Cleanup

Kegunaannya adalah membuang fail-fail yang tidak diperlukan dalam sistem komputer berdasarkan kehendak pengguna.

Error checking

Kegunaannya adalah menyemak dan memperbetulkan kerosakan dan kesalahan yang berlaku pada disk(disk error) sama ada cakera keras, cakera liut dan lain-lain storan.

Mengesan kerosakan (Troubleshooting)

Monitor

Masalah : Gambar wujud pada tengah skrin

Penyelesaian :

· Periksa komponen pada horizontal area

· Periksa kapasitor tantalum/coupling *

· Tukar monitor lain

Masalah : Gambar wujud di bawah skrin

Penyelesaian :

· Periksa komponen pada vertical area

· Periksa kaki transistor *

· Tukar monitor lain

Masalah : Contrast (background) cerah sangat. Ada horizontal line

Penyelesaian :

· Laras pada contrast di panel kawalan

· Laras screen button pada “high voltage” capasitor *

Masalah : Gambar/tulisan tidak jelas (skrin kabur)

Penyelesaian :

· Laras brightness di panel kawalan

· Laras focus button pada “high voltage” capasitor *

Hard disk (HDD)

Masalah : Sistem hang / tidak boleh run local disk C:

Penyelesaian :

· Periksa boot sector/virus

· Pastikan hard disk utility telah dibuat

· Periksa cable connection

· Pastikan hard disk ok/detected ok

· Periksa DOS disket/BIOS

· Periksa hard disk setup

· Periksa motherboard *

· Periksa cable connection

Masalah : Cari/baca data slow

Penyelesaian :

· Buat CHKDSK C:

· Ada virus/periksa memori

Keyboard

Masalah : Satu huruf tak berfungsi/timbul banyak

Penyelesaian :

· Cabut/bersihkan huruf tersebut

· Uji kelancaran butang huruf

· Periksa suis pada keyboard (sebelah belakang – AT – XT)

· Periksa key lock

· Periksa keyboard connector

· Tukar keyboard

Operating System

Masalah : Sistem slow

Penyelesaian :

· Periksa CPU/motherboard – 286, 386, 486, Pentium dsb

· Tambah kapasiti RAM

· Periksa virus, buang

· Close program yang tidak diperlukan

· Check HDD

0 comments:

Post a Comment

Website counter
Powered by Blogger.

Followers

About Me

My photo
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.” (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Adsense

Video